Monday, October 13, 2008

KANDUNGAN DRAF

PERJANJIAN INI dibuat pada _______(tarikh),
DI ANTARA HPA INDUSTRIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT : 337100K) adalah sebuah syarikat yang didaftarakan di Malaysia dan mempunyai alamat penyampaian di Lot 1985 Jalan jejawi dalam 02600 Arau Perlis (selepas ini disebut “HPA ” yang mana sebutan tersebut hendaklah di mana konteksnya sesuai termasuk waris-waris, wakil-wakil peribadi, pengganti-pengganti dan wakil-wakil serahaknya sebagai satu pihak dan _______________________________ ( NO. K/P : ----------------) yang beralamat di ______________________________________ (selepas ini disebut “Pemodal " yang mana sebutan tersebut hendaklah di mana konteksnya sesuai termasuk wakil-wakil peribadi, pengganti-pengganti dan wakil-wakil serahaknya sebagai pihak yang lain.

BAHAWASANYA:-

1. HPA adalah pemilik kepada Radix Fried Chicken (selepas ini disebut sebagai “RFC”) yang menjalankan perniagaan restoran makanan segera secara usahasama diantara HPA dan rakan usahasama bagi memajukan perniagaan RFC yang menjalankan operasi jualan makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, kentang putar, kola radix dan sebagainya yang terletak di atas Hakmilik No.____________________________________ dan mempunyai alamat penyampaian di ________________________________(selepas ini disebut “Restoran tersebut”).

2. HPA berhasrat untuk memajukan RFC dengan Pemodal dimana kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan usahasama tersebut secara Mudharabah dengan kaedah HPA bertindak sebagai pihak yang akan menjalankan pengurusan Restoran tersebut manakala Pemodal bertindak sebagai pencarum modal (selepas ini disebut “Kaedah Mudharabah tersebut”).

3. HPA mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam pengurusan restoran tersebut dan Pemodal dengan HPA bersetuju untuk berkerjasama dalam memajukan perniagaan itu mengikut Konsep Usahasama secara Kaedah Mudharabah tersebut. dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh HPA pada kadar 50:50 iaitu Lima Puluh peratus (50%) kepada HPA dan Lima Puluh peratus (50%) lagi kepada Pemodal diantara kedua-dua pihak dengan berdasarkan keuntungan bersih bulanan (nett profit on monthly basis) di atas keuntungan perniagaan RFC di restoran tersebut (selepas ini disebut “Kaedah Keuntungan tersebut”).

4. Pemodal telah menawarkan kepada HPA dan HPA telah bersetuju untuk membangunkan dan memajukan RFC tersebut mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

5. HPA telah sebelum Perjanjian ini ditandatangani meneliti dan melawat serta berpuashati mengenai kedudukan Restoran tersebut dan juga telah memahami dengan sepenuhnya segala butir-butir mengenai syarat-syarat bangunan tersebut yang terkandung di dalam hakmilik tanah tersebut dan mengaku bahawa segala butir-butir yang terkandung di dalam hakmilik bangunan tersebut adalah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.


ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:-

FASAL 1
PERSETUJUAN USAHASAMA


1.1 PEMBATALAN PERJANJIAN TERDAHULU

Pihak HPA dan Pemodal bersetuju bahawa sebarang perjanjian sebelum ini samada secara lisan atau bertulis berhubung perkara ini samada di antara keduanya atau pihak ketiga hendaklah apabila Perjanjian ini ditandatangani batal dan tidak sah.

1.2 BALASAN

Sebagai balasan kepada apa yang ternyata di dalam Perjanjian ini serta perlaksanaan dan pematuhan oleh kedua belah pihak mengenai segala janji, peruntukan dan jaminan yang tersebut di dalam Perjanjian ini dan bertakluk kepada apa-apa syarat yang terkandung selepas ini:-

i) Pemodal bersetuju untuk memberikan/mencarum modal sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta (RM 1,000,000.00) sahaja kepada HPA pada tarikh Perjanjian ini di tandatangani (selepas ini disebut “Modal tersebut”).

ii) Pemodal hendaklah berhak menerima dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh HPA pada kadar 50:50 iaitu Lima Puluh peratus (50%) kepada HPA dan Lima Puluh peratus (50%) lagi kepada Pemodal diantara kedua-dua pihak dengan berdasarkan keuntungan bersih bulanan sebelum cukai (nett profit on monthly basis) di atas perniagaan RFC di restoran tersebut (selepas ini disebut “Kaedah Keuntungan tersebut”).

iii) HPA pula hendaklah memajukan Restoran tersebut dengan pengurusan yang sistematik dan perancangan pemasaran yang baik supaya perniagaan RFC tersebut akan berjalan lancar dan berjaya untuk mencapai keuntungan seperti yang dirancang.

1.3 KONSEP USAHASAMA DENGAN KAEDAH MUDHARABAH

Akad Mudharabah terbina atas usahasama untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat untung kerana modal yang ia keluarkan dan HPA (sebagai 'Amil atau Mudharib) berhak mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankannya. Sekiranya perniagaan RFC tersebut mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan HPA akan sama-sama menanggung kerugian; pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan HPA pula akan menanggung kerugian dari (bebanan, masa dan kerja) pengurusan yang dijalankan sepanjang tempoh Perjanjian.12. Perjanjian ini hanya tertakluk dengan cawangan restoran tersebut sahaja yang berkait dengan Pemodal iaitu cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya. Oleh yang demikian, Pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang HPA dari membuka cawangan-cawangan lain yang di mana jua tempat yang difikirkan patut dan munasabah di atas budi bicara HPA sendiri.

1.4 PENGIRAAN KEUNTUNGAN RFC

HPA hendaklah bertanggungjawab mengatur dan menyediakan segala pengurusan pengiraan keuntungan dalam tempoh sepanjang operasi Restoran tersebut dengan pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi di Restoran tersebut. Jangkaan operasi adalah pada/selepas Lima (5) bulan daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani.

1.4 PENYATA KEWANGAN RFC UNTUK RESTORAN TERSEBUT

HPA hendaklah menyediakan penyata kewangan secara bulanan oleh Juruaudit yang bertauliah sepanjang tempoh Perjanjian ini dan menepati kaedah yang ditetapkan oleh sistem perauditan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (selepas ini disebut “Penyata Kewangan tersebut”). Pemodal adalah berhak keatas penyata kewangan tersebut tetapi hanya setakad restoran tersebut sahaja tanpa berhak di dalam apa-apa keadaan sekalipun untuk mendapatkan penyata kewangan daripada restoran-restoran lain yang menjalankan usahasama dengan HPA. Sebarang persoalan berkaitan penyata kewangan tersebut bolehlah dirujuk kepada Hpa atau Juruaudit bertauliah yang dilantik untuk urusan tersebut.


FASAL 2
LOKASI PEMILIHAN RESTORAN TERSEBUT



2.1 KUASA PEMILIH LOKASI

HPA hendaklah di dalam apa-apa keadaan sekalipun berhak untuk menentukan lokasi yang difikirkan sesuai dan munasabah untuk menjalankan perniagaan RFC tersebut. Walaubagaimanpun Pemodal bolehlah mencadangkan lokasi restoran yang difikirkan patut untuk ditentukan oleh HPA.

2.2 CIRI-CIRI LOKASI YANG BOLEH DICADANGKAN OLEH PEMODAL

Pemodal bolehlah mencadangkan lokasi yang sesuai dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

2.2.3 Mempunyai bangunan yang terletak di dalam bandar dan mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya utama dan sering dikunjungi orang ramai;
2.2.4 Berkedudukan strategik yang berdekatan dengan stesen bas, teksi dan/atau bas ekspress.
2.2.5 Menepati kadar sewa yang munasabah atau bangunan hakmilik Pemodal sendiri;
2.2.6 Kawasan yang mermpunyai nilai komersial.


FASAL 3
SYARAT-SYARAT PERJANJIAN



3.1 TEMPOH PERJANJIAN

ADALAH MENJADI SYARAT NYATA Perjanjian ini bahawa Perjanjian ini akan berkuatkuasa selama tempoh lima (5) tahun bermula dari tarikh Perjanjian ini ditandangani (selepas ini disebut “Tempoh Perjanjian tersebut”) dengan bayaran keuntungan sepertimana di dalam Kaedah Keuntungan tersebut yang dinyatakan di dalam para 1.2 (ii) Perjanjian ini.

3.2 BAYARAN BALIK MODAL

HPA akan membuat bayaran balik Modal tersebut kepada Pemodal pada/sebelum Enam (6) bulan dari tarikh tamat Tempoh Perjanjian tersebut. Kaedah bayaran akan dibuat oleh HPA kepada Pemodal atau penama yang ditentukan oleh Pemodal sendiri pada masa tamat Tempoh Perjanjian tersebut secara bertulis untuk memudahkan pengurusan HPA membayar balik Modal tersebut.

3.3 CARUMAN MODAL BARU

Pemodal bolehlah untuk mencarumkan semula modal baru atau meneruskan caruman Modal tersebut dalam tempoh lanjutan setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan selepas Perjanjian baru ditandatangani. Walaubagaimanapun kadar baru untuk caruman modal adalah hak mutlak HPA untuk menentukanya selepas mengambil kira faktor ekonomi dan pasaran semasa.

FASAL 4
JAMINAN DAN AKUAN


4.1 JAMINAN DAN AKUAN

Kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini dengan ini membuat jaminan dan mengaku;-

i) Bahawa Perjanjian ini adalah menurut undang-undang, sah dan mengikut tanggungjawab kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini berdasarkan kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya.

ii) Bahawa HPA akan membayar balik Modal tersebut kepada Pemodal dalam tempoh Satu (1) tahun dari tarikh penerimaan Surat Pembatalan daripada Pemodal sekiranya Pemodal berhasrat untuk membatalkan Perjanjian ini sebelum taman tempoh Lima (5) tahun. HPA tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada Pemodal dalam tempoh bayaran balik dalam tempoh Satu (10 tahun tersebut.

iii) HPA hanya akan membayar sebarang cukai, nilaian kadaran dan sebarang bayaran yang disahkan oleh undang-undang dan perlu dibayar berkaitan dengan RFC itu sepanjang tarikh Perjanjian ini ditandatangani hendaklah dibayar oleh HPA DAN semua cukai, nilaian kadaran dan sebarang bayaran yang disahkan oleh undang-undang dan perlu dibayar oleh Pemodal hendaklah dibayar oleh Pemodal atau pihak ketiga.


FASAL 5
WAAD-WAAD DAN PENGAKUAN HPA



HPA dengan ini berwaad dan mengakui kepada Pemodal seperti berikut:-

5.1 MENJALANKAN PERNIAGAAN RFC SECARA SYARAK

HPA hendaklah dalam tempoh Perjanjian ini ditandatangani menjalankan perniagaan RFC tersebut dengan mematuhi segala syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak berkaitan sembelihan, penyediaan makanan dan minuman tanpa sebarang campuran barang-barang yang meragukan dari sudut syarak.

5.2 JANGKAAN KEUNTUNGAN RFC

HPA menjangkakan keuntungan keatas perniagaan RFC pada kadar 18% setahun iaitu sebayank RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH RIBU (RM180,000.00) sahaja setahun atau ditaksirkan dalam Tempoh Perjanjian ini adalah sebanyak RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN RATUS RIBU (RM900,000.00) sahaja.

5.3 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG

HPA hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta, Enakmen atau Ordinan, Undang-Undang Kecil atau Peraturan yang berkenaan dan membayar apa-apa bayaran yang dikehendaki di bawah mana-mana Undang-Undang yang semasa itu berkuatkuasa mengenai perniagaan RFC tersebut dan hendaklah mematuhi semua peraturan-peraturan mengenai bangunan, binaan dan pengubahsuaian dan peraturan-perauran lain di bawah bidangkuasa pihak berkuasa itu mengenainya dan hendaklah menanggung apa-apa benda dan kerugian yang disebabkan oleh mana-mana perlanggaran terhadap Akta, Enakmen, Ordinan, Undang-Undang Kecil atau Peraturan itu.


5.4 MENANGGUNG RUGI

HPA hendaklah selepas ini memelihara dan sentiasa megganti rugi Pemodal daripada apa-apa perintah penahanan, pendakwaan, tindakan Undang-Undang, tuntutan, denda, kos, gantirugi, tanggungan, kerugian dan perbelanjaan yang boleh dibuat, dikenakan atau dibawa oleh seseorang terhadap Pemodal berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit daripada sesuatu kecuaian, perlanggaran kewajipan atau salahlaku oleh HPA, pekerjanya dan/atau agennya.


5.6 FORCE MAJURE

Walau apapun terkandung dalam Perjanjian ini yang bercanggahan, HPA dan Pemodal hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian akibat kemungkiran atau kegagalan melakukan mana-mana peruntukan dan perakuan olehnya seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian ini akibat atau disebabkan oleh apa-apa keadaan di luar kuasanya, termasuk kejadian alam, pemberontakan, penderhakaan, rampasan kuasa, rusuhan dan huru-hara awam.


5.7 KEUTAMAAN KEPADA PEMODAL

HPA hendaklah memberikan keutamaan kepada Pemodal untuk menjalankan operasi restoran tersebut untuk perniagaan RFC sekiranya Pemodal nmenawarkan diri untuk menjalankan operasi RFC tersebut selpeas memenuhi syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan oleh pihak HPA.


FASAL 6
WAAD-WAAD DAN PENGAKUAN PEMODAL


Pemodal dengan ini berwaad dan mengakui kepada HPA seperti berikut:-


6.1 TIDAK AKAN CAMPURTANGAN

Pemodal tidak akan sepanjang wujudnya Perjanjian ini mencampuri sebarang urusan dan apa-apa yang dijalankan oleh HPA selain yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini tanpa mendapat sebarang kebenaran daripada HPA terlebih dahulu.

6.2 MEMBERIKAN KERJASAMA DAN BANTUAN

Pemodal akan sedaya upaya memberikan sebarang bantuan dan pertolongan yang diperlukan oleh HPA sekiranya diminta yang demikian oleh HPA.

6.3 MEMATUHI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Pemodal tidak akan membenarkan apa-apa tindakan dilakukan yang boleh menyebabkan sebarang Undang-Undang dan peraturan bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa dilanggar berkaitan dengan perjalan perniagaan RFC tersebut sebarang prosiding, guaman, pendakwaan, tuntutan, denda atau ganti-rugi.


FASAL 7
PERUNTUKAN PELBAGAI


7.1 KUASA PANEL SYARIAH HPA

Semua syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini hendaklah mendapat kelulusan Panel Syariah HPA sebelum Perjanjian ini ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak supaya sebarang perkara berkaitan hokum syarak adalah benar-benar dipatuhi dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

7.2 TIADA KAITAN SEBAGAI AGEN ATAU PERKONGSIAN

Tiada apapun peruntukan dalam Perjanjian ini boleh diertikan sebagai membayangkan adanya perkongsian diantara kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini ataupun membuat satu pihak sebagai agen atau wakil kepada pihak yang satu lagi itu dan tiada siapapun daripada kedua-dua pihak ini boleh menunjukkan
dirinya sebagai atau bertanggungjawab atau terikat oleh apa-apa tindakan atau
peninggalan oleh pihak yang satu lagi itu.


7.3 MASA SEBAGAI INTISARI

Masa, di mana-mana ianya disebutkan, hendaklah menjadi intisari kepada Perjanjian ini.


7.4 KEPERCAYAAN BERSAMA

Dalam memasuki Perjanjian ini kedua-dua pihak mengakui bahawa ianya adalah mustahil bagi memperuntukkan terhadap setiap perkara yang mungkin berlaku di luar jangkaan dan yang timbul dalam masa perlaksanaan Perjanjian ini dan oleh kedua-dua pihak dengan ini memperakui bahawa adalah menjadi hasrat bersama mereka supaya Perjanjian ini berkuatkuasa di antara mereka secara adil dan saksama tanpa menjejaskan mana-mana pihak di antara mereka.Jika, oleh kerana sesuatu kejadian atau perlakuan yang diluar jangkaan, perlaksanaan Perjanjian ini berkemungkinan menyebabkan apa-apa kesusahan yang tidak saksama ke atas sesuatu atau kedua-dua pihak yang bercanggah dengan tujuan dan semangat Perjanjian ini, maka Pemodal dan HPA hendaklah dengan segera berunding secara jujur hati dan menggunakan segala keupayaan mereka untuk mencapai persetujuan mengenai apa-apa tindakan yang perlu dan saksama bagi menghapuskan sebab atau sebab-sebab keadaan tersebut itu.

7.5 KEMUNGKIRAN OLEH HPA

Jika HPA melakukan kemungkiran mengenai salah satu atau lebih dari perkara-perkara berikut:-

i) tanpa sebab yang berpatutan, menggantung, perlaksanaan Perniagaan RFC tersebut;

ii) gagal meneruskan tanggungjawab-tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini dengan sentiasa dan tekun;

iii) gagal menjalankan kerja-kerja mengikut Perjanjian ini atau berulang-ulang cuai menjalankan tanggungjawab-tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini;

iv) gagal membayar keuntungan mengikut Kaedah Keuntungan tersebut atau sebarang mana-mana bayaran keuntungan bulanan;

v) gagal menyerahkan penyata kewangan sekiranya diminta oleh Pemodal;

dan gagal memperbaiki atau mengambil langkah untuk memperbaiki kemungkiran itu dalam masa yang berpatutan setelah notis mengenainya diberi oleh Pemunya, maka Pemodal bolehlah berhak membatalkan Perjanjian ini tanpa menjejaskan apa-apa tindakan membetulkan keadaan baginya untuk mendapatkan kembali apa-apa wang yang telah menjadi kena dibayar kepada Pemodal atau berkaitan dengan apa-apa kemungkiran Perjanjian ini atau hak atau perihal pembetulan di bawah Perjanjian ini.

7.6 KEMUNGKIRAN PEMODAL

Tiada apapun yang terkandung di dalam Perjanjian ini boleh menjejaskan hak atau perihal pembetulan yang dibolehkan oleh undang-undang atau ekuiti bagi HPA terhadap Pemodal, jika berlakunya sesuatu perlanggaran atau kemungkiran di pihak Pemodal berkenaan sesuatu tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini.

7.7 KOS PERJANJIAN INI

Semua perbelanjaan berkaitan penyediaan Perjanjian ini dan fees guaman pihak Pemodal adalah ditanggung oleh pihak Pemodal dan semua perbelanjaan berkaitan setem perjanjian ini dan fees guaman pihak HPA adalah ditanggung oleh HPA.

7.8 NOTIS

a) Sesuatu notis atau perintah atau kebenaran yang hendak dibuat atau diberi di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan di alamat seperti berikut:-

UNTUK HPA
HPA INDUSTRIES SDN BHD.
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­________________________

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­________________________
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
________________________
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
________________________


UNTUK PEMODAL

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­________________________
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
________________________
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
________________________
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
________________________
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
________________________

b) Apa jua notis atau permintaan atau kebenaran itu hendaklah disifatkan sebagai sempurna diserahkan atau dibuat jika ditinggalkan atau dihantar secara surat pos berdaftar ke alamat seperti yang terkemudian itu ianya hendaklah disifatkan telah sempurna diserahkan dan sempurna diterima oleh pihak yang satu lagi itu mengikut cara ada masa kebiasaan surat pos.

7.9. PELBAGAI

Perjanjian ini hendaklah mengikat waris-waris, pentadbir-pentadbir, pengganti- pengganti, Pemodal dan pengganti hakmilik dan penerima secara hak HPA yang dibenarkan.

Perkataan yang memberi pengertian gender maskulin sahaja adalah meliputi yang selainnya dan gender neuter dan sebaliknya dan perkataan yang memberi pengertian seorang sahaja adalah meliputi maksud jamak dan sebaliknya.

Pengetahuan atau persetujuan (acquiescence) oleh mana-mana pihak di sini terhadap atau di dalam sebarang kemungkiran syarat-syarat atau terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini tidak akan menjadikan atau tidak boleh dianggapkan sebagai satu pelepasan terma-terma dan syarat-syarat tersebut atau mana-mana satu pihak mempunyai pengetahuan atau tidak membuat bantahan (acquiescene) terhadap mana terma-terma dan syarat-syarat hak masing-masing dibawah Perjanjian ini dan berhak menuntut satu pihak yang lain melaksanakan sepenuhnya terma-terma, syarat-syarat dan akujanji Perjanjian ini.

BAGI MENYAKSIKAN PERIHAL PERKARA-PERKARA TERSEBUT DI ATAS maka kedua-dua pihak telah menurunkan meteri dan tandatangan-tandatangan mereka kepada Perjanjian ini di bawah ini pada tarikh yang tersebut di permulaan Perjanjian ini.


DITANDATANGANI oleh )
untuk dan bagi pihak )
HPA INDUSTRIES SDN. BHD. ) ………………………………….


di hadapan saya:-





DITANDATANGANI )
untuk dan bagi pihak )
­­­­­­­­­­­­­­____________________________)
) …......................................

di hadapan saya:-